Hari ini adalah hasil dari rencana kemarin, masa depan adalah rencana hari ini. Tak ada cerita masa lalu tanpa ada sejarah. Tak ada sejarah jika tak ada yang mencatat dan memberi hikmah bagi generasi yang akan datang.

7 AMANAH YANG PERLU KITA JAGA

1. Memelihara mata - melihat sesuatu yang perlu dalam menunaikan segala hajat. Juga, dapat melihat keajaiban serta keindahan ciptaan Maha Pencipta sehingga kita dapat mengambil iktibar daripadanya.

2. Memlihara Lidah - Memperkatakan sesuatu yang boleh diambil sebagai ilmu yang berguna kepada orang lain. Juga, dapat membaca bahan yang bermanfaat serta menyampaikannya sebagai usaha dakwah.

3. Memelihara telinga- Mendengar sesuatu yang bermanfaat, lebih-lebih lagi keindahan ayat al-Quran dan hadis. Juga, dapat mendengar ilmu pengetahuan sehingga ilmu itu diamalkan menjadi bekalan pahala kepada nikmat di syurga kelak.

4. Memlihara perut- memakan hanya makanan yang halal sumber rezekinya dan berpada serta tidak keterlaluan. Juga sentiasalah mengingati orang yang tidak berpeluang menikmati rezeki yang diperolehi.

5. Memelihara kemaluan - terpelihara kemaluan sekiranya kita menjaga mata daripada melihat yang haram, menjaga hati daripada fikiran songsang, menjaga rezeki daripada sumber haram, kerana semuanya itu punca syahwat.

6. Memelihara dua tangan - memegang sesuatu yang mempunyai kepentingan ilmu dan menyampaikan hajat bermanfaat. Juga, menggunakannya untuk menulis sesuatu yang berilmu demi keagungan Islam.

7. Memelihara dua kaki- melangkah ke tempat yang bermanfaat untuk Islam dan ilmu demi meraih pahala. Juga, berjalan menuju ke suatu tempat bagi menjalin silaturahm untuk mengimarahkan dunia Islam.
Powered by Telkomsel BlackBerry®
Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jadwal Sholat

Popular Posts

Label

Arsip Blog

Recent Posts

Pages

Blog Archive

Categories