Hari ini adalah hasil dari rencana kemarin, masa depan adalah rencana hari ini. Tak ada cerita masa lalu tanpa ada sejarah. Tak ada sejarah jika tak ada yang mencatat dan memberi hikmah bagi generasi yang akan datang.

3 TIPS SUPAYA SUAMI LEBIH MENCINTAI ISTERI

1. Jangan jadi pemarah

Bersabar sentiasa memberi hasil yang baik. Suami anda mengahwini anda karena dia sayangkan anda, cintakan anda. Apabila sudah berkahwin, dia akan terikat dengan hati anda. Jika anda pandai memikat hatinya, dia akan lebih menyayangi anda. Ambil hati suami dengan menjadi seorang yang penyabar. Jika anda selalu marah dan berleter, suami akan mula tidak mempedulikan anda. Lelaki suka mengambil jalan singkat iaitu mengabaikan sesuatu perkara yang menyusahkan dirinya. Jika anda selalu marah, dia akan menganggap anda sebagai menyusahkannya,­ seterusnya anda mula akan diabaikan oleh suami anda. Jadilah seorang yang penyabar dan sentiasa memberi sokongan pada suami anda.

2. Terima suami seadanya

Apabila anda sudah menikah dan tinggal bersama, sudah pasti anda akan menemui perangai sebenar suami anda. Terima dia seadanya. Apabila lelaki melihat perempuan yang dia sayang menerima dia sepenuhnya, dia akan menjaga perempuan tersebut dengan sesungguh hatinya.

3. Sentiasa gembira

Sentiasa senyum dan gembira dengan kehidupan keluarga anda. Suami selalunya suka melihat isterinya tersenyum gembira. Jika dia melihat anda berada dalam keadaan yang masam, dia akan rasa tidak tenteram dan susah hati. Namun perasaan tidak tenteram dan susah hati ini lama kelamaan akan bertukar menjadi menyampah. Setiap hari, anda coba gembirakan hati suami anda. Pastikan rumah dan pakaian sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur. Jika anda utamakan suami anda dalam urusan anda, suami akan utamakan anda dalam urusan dia. Suami selalunya akan mengikut apa yang anda buat. Jika anda gembirakan hati dia, dia akan gembirakan hati anda.
Powered by Telkomsel BlackBerry®
Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jadwal Sholat

Popular Posts

Label

Arsip Blog

Recent Posts

Pages

Blog Archive

Categories