Peringatan Buat Kita yang Lupa
Pertama: Tahajjud. Karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Melazimi Al-Qur'an dan zikir Al-Mathurat sebelum terbit dan terbenam matahari.
Ketiga: Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin, muslim yang utuh.
Keempat: Jaga solat dhuha kerana rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari, walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.
Keenam: Jaga wudhu terus-menerus karena Allah menyayangi hamba-Nya yang berwudhu.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan: Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.
Kesembilan: Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.
Kesepuluh: Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus karena Allah SWT karena di situlah terletaknya nilai amalan di sisi-Nya.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin tolong sebarkan catatan ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
LIKKE THIS ---> Kitab Suci Al-Qur'an
Tidak ada komentar:
Posting Komentar